Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian)
Kerjasama: Kolej Universiti Inovatif (IUC)
Tentang Program
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) merupakan program sarjana muda yang dirangka khas untuk melahirkan graduan berpengetahuan luas dalam bidang pengurusan, pemasaran, kewangan, sumber manusia, serta keusahawanan.
Program ini menggabungkan teori perniagaan moden dengan aplikasi praktikal bagi melengkapkan pelajar dengan kemahiran analitikal, kepimpinan, komunikasi, dan penyelesaian masalah. Graduan akan bersedia untuk menerajui organisasi, samada dalam sektor kerajaan, swasta, mahupun memulakan perniagaan sendiri.
Syarat Kelayakan
Syarat Kelayakan Umum
- Warganegara Malaysia
- Berumur 21 hingga 55 tahun
- Sedang bekerja
Syarat Kelayakan Akademik
Mempunyai sijil Diploma atau setaraf.
Maklumat Program
Tempoh Pengajian
Habis seawal dua (2) tahun.
Mod Pengajian
Pembelajaran Hybrid (70% fizikal, 30% atas talian)
*Sekiranya tidak dapat hadir kelas fizikal, boleh buat tugasan dan tonton rakaman kelas yang diberikan oleh pensyarah sebagai bukti kehadiran.
Kos Program
Kos asal: RM40,800
YPR taja: RM20,850
Baki yuran: RM19,950
Pemohon hanya perlu bayar yuran sebanyak RM19,950 sahaja.
Jadual Pengajian
Jadual pengajian disusun sesuai mengikut golongan bekerja iaitu:
Dua (2) subjek, dua (2) peperiksaan dalam satu (1) bulan.
Kelas Pembelajaran:
Sabtu & Ahad : 8:00 AM – 6:00 PM
Selasa & Rabu : 8:00 PM – 10:00 PM
Kelas Ulangkaji:
Khamis : 8:00 PM – 10:00 PM
Cara Pembayaran
Ada empat (4) cara pembayaran iaitu:
- Secara penuh
- Secara ansuran
- Pembiayaan PTPTN
- Pengeluaran KWSP (Akaun 2)
Anda berminat?
Slot adalah terhad kepada 100 terawal sahaja.
Boleh baca dahulu info lanjut dan terus mendaftar.
Copyright © Yayasan Pendidikan Rakyat (Registration No.: PPAB-20/2022)