Yayasan Pendidikan Rakyat
Lebih RM13 juta biasiswa
telah Disalurkan sejak 2022
Pendidikan untuk semua
Meningkatkan Taraf Hidup Melalui Pendidikan
Di Yayasan Pendidikan Rakyat, kami percaya bahawa pendidikan adalah asas kepada masa depan yang lebih baik. Kami berdedikasi untuk membuka peluang kepada golongan kurang berkemampuan agar mereka dapat mengembangkan potensi diri dan mencapai kecemerlangan melalui pendidikan berkualiti.
1,000+
Penerima Biasiswa DBA ODL
1640+
Tajaan Pendidikan Pelajar SPM
24
Pelajar Degree ke Morocco
34
Bantuan Makanan & Pendidikan
Tentang Yayasan Pendidikan Rakyat
Yayasan Pendidikan Rakyat ditubuhkan dengan fokus untuk meningkatkan akses pendidikan, menjalankan penyelidikan berasaskan pembangunan pendidikan, dan menyediakan kaunseling kerjaya kepada masyarakat. Kami berusaha untuk menjadi platform perubahan, memacu kemajuan melalui pendidikan dan inovasi.
SUMBANGAN TELAH DIAGIHKAN
SUMBANGAN YANG DIPERLUKAN
Tawaran Kami
Di Yayasan Pendidikan Rakyat, kami percaya bahawa pendidikan adalah asas kepada masa depan yang lebih baik. Kami berdedikasi untuk membuka peluang kepada golongan kurang berkemampuan agar mereka dapat mengembangkan potensi diri dan mencapai kecemerlangan melalui pendidikan berkualiti.
01
Program Biasiswa
Menawarkan biasiswa kepada golongan kurang berkemampuan untuk membantu mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Kami percaya bahawa tiada sesiapa yang patut ketinggalan hanya kerana kekangan kewangan.
02
Penyelidikan dan Pembangunan Pendidikan
Menggalakkan inovasi dalam pendidikan melalui aktiviti penyelidikan dan pembangunan. Kami komited untuk mencipta pendekatan baharu yang relevan dengan keperluan semasa masyarakat.
03
Kaunseling Pendidikan dan Kerjaya
Menyediakan kaunseling pendidikan dan kerjaya yang komprehensif untuk membantu golongan kurang berkemampuan meningkatkan taraf hidup mereka melalui perancangan kerjaya yang lebih baik.
Program Terkini
Dibuka
Young Lecturer Program
Melatih graduan muda menjadi pendidik profesional melalui pengalaman praktikal.
Dibuka
Tajaan Pendidikan ODL
Biasiswa penuh untuk diploma ODL, memberi peluang buat golongan kurang berkemampuan.
Impak Kami
Dengan pendekatan strategik yang memfokuskan kepada impak jangka panjang,
Maklumbalas Penerima
Soalan Kerap Tanya
Yayasan Pendidikan Rakyat ditubuhkan dengan objektif untuk:
- Menyediakan program pendidikan percuma kepada golongan kurang berkemampuan bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
- Melaksanakan aktiviti penyelidikan dan pembangunan berkaitan program pendidikan.
- Memberikan kaunseling pendidikan dan kerjaya untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat kurang berkemampuan.
Program pendidikan percuma kami disasarkan kepada individu daripada golongan kurang berkemampuan yang bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Syarat dan kelayakan khusus boleh didapati di halaman program kami.
Kami menyediakan perkhidmatan kaunseling yang dirancang untuk membantu individu:
- Mengenal pasti laluan pendidikan dan kerjaya yang sesuai.
- Merancang masa depan yang lebih baik melalui peluang pendidikan.
- Meningkatkan taraf hidup melalui bimbingan kerjaya yang strategik.
Anda boleh menyokong kami dengan:
- Memberikan sumbangan kewangan untuk program pendidikan percuma.
- Menjadi sukarelawan dalam aktiviti kami, seperti kaunseling atau penyelidikan.
- Bekerjasama dengan YPR untuk menjayakan penyelidikan dan pembangunan program pendidikan.