Tentang Kami
Komited Membina Masa Depan yang Lebih Cerah Melalui Pendidikan
Siapa Kami
Yayasan Pendidikan Rakyat (YPR) ditubuhkan dengan matlamat untuk merapatkan jurang pendidikan dan membina masa depan yang lebih baik untuk semua lapisan masyarakat. Kami percaya bahawa setiap individu berhak kepada akses pendidikan berkualiti, tanpa mengira latar belakang atau status kewangan.
Melalui program-program kami yang strategik dan inklusif, kami berusaha untuk mencipta peluang bagi individu merealisasikan potensi diri mereka, sekali gus menyumbang kepada pembangunan komuniti yang lebih kukuh dan lestari.
Visi Kami
Menjadi peneraju dalam memupuk peluang pendidikan berkualiti dan memperkasa masyarakat kurang berkemampuan untuk mencapai kecemerlangan hidup.
Misi Kami
- Menyediakan program pendidikan percuma kepada golongan kurang berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
- Menggalakkan inovasi dalam pendidikan melalui penyelidikan dan pembangunan.
- Memberi bimbingan dan kaunseling pendidikan serta kerjaya untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat.
Apa Yang Kami Lakukan
Di YPR, kami melaksanakan pelbagai inisiatif antaranya:
Biasiswa Pendidikan:
Menyediakan biasiswa penuh untuk pelajar kurang berkemampuan melalui program tajaan diploma ODL dan pendidikan percuma ke peringkat lebih tinggi.
Young Lecturer Program:
Melatih generasi muda untuk menjadi pendidik profesional, membimbing mereka dari graduan ke tenaga pengajar.
Penyelidikan dan Pembangunan Pendidikan:
Mencari pendekatan baru untuk menyokong keberkesanan dan kesesuaian program pendidikan.
Kaunseling Pendidikan dan Kerjaya:
Membimbing pelajar dan belia ke arah masa depan yang lebih baik melalui perancangan kerjaya yang strategik.
Perjalanan Kami
Komitmen Kami
“Dengan sokongan daripada rakan kongsi, sukarelawan, dan komuniti, kami komited untuk mencipta perubahan yang bermakna dan mampan. Setiap usaha kami berakar pada prinsip keadilan, integriti, dan kecemerlangan”
Pemegang Amanah
Dedikasi. Kepakaran. Kebijaksanaan
Ini ialah bahagian Lembaga Pemegang Amanah kami. Ia adalah tempat yang bagus untuk memperkenalkan Lembaga Pemegang Amanah kami dan tentang Tugas mereka.