Doktor Falsafah (PhD) Dalam Pengurusan - Secara Penyelidikan

Kerjasama: Kolej Universiti Inovatif (IUC)

Tentang Pengajian

Pengajian Doktor Falsafah (PhD) dalam Pengurusan memberi tumpuan kepada penguasaan ilmu secara mendalam, pengembangan kemahiran penyelidikan lanjutan, serta pembangunan metodologi saintifik yang mantap bagi merangka, menganalisis dan melaksanakan penyelidikan secara bebas. Ia menekankan keupayaan untuk menghasilkan pengetahuan baharu yang berimpak tinggi dalam bidang pengurusan dan pentadbiran.

Di samping itu, program ini memperkukuh keupayaan intelektual, analitikal dan konseptual bagi menyumbang kepada pembangunan teori, amalan, serta penyelesaian isu kompleks dalam konteks akademik mahupun profesional. Penekanannya bukan sahaja pada pencapaian akademik, tetapi juga kepada nilai sumbangan penyelidikan terhadap perkembangan masyarakat dan industri.

Maklumat Pengajian

Tempoh Pengajian
Tiga (3) tahun (Sepenuh Masa).

Mod Pengajian
Secara penyelidikan (penyeliaan atas talian & bersemuka).

Kemasukan
Kemasukan dibuka setiap bulan sepanjang tahun.

Kod Rujukan MQA
MQA/PA 18014
Boleh semak di sini.

Kod Rujukan KPT
KPT (N/0414/8/0085)

Syarat Kemasukan

WARGANEGARA MALAYSIA

i. Ijazah Sarjana (Tahap 7 Kerangka Kelayakan Malaysia, MQF) dalam bidang berkaitan seperti yang diterima oleh Senat Penyedia Pendidikan Tinggi (HEP); atau

ii. Ijazah Sarjana (Tahap 7 MQF) dalam bidang tidak berkaitan seperti yang diterima oleh Senat HEP, dengan pengalaman kerja yang relevan* serta tertakluk kepada penilaian dalaman yang ketat; atau

iii. Ijazah Sarjana (Tahap 7 MQF) dalam bidang tidak berkaitan seperti yang diterima oleh Senat HEP dan tanpa pengalaman kerja yang relevan, tertakluk kepada kelulusan kursus prasyarat*; atau

iv. Kelayakan lain yang setaraf/berkaitan dengan Ijazah Sarjana (Tahap 7 MQF) seperti yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

Modul & Struktur Pengajian

Tahun 1, Semester 1

  • Research Methodology I

Tahun 1, Semester 2

  • Research Methodology II

Tahun 2 & 3

  • Thesis

Yuran Pengajian

Kos asal pengajian: RM59,000
YPR taja: RM39,000
Baki yuran: RM20,000

Pemohon hanya perlu bayar yuran pengajian sebanyak RM20,000 sahaja.

Yuran pra-pendaftaran: RM500
Yuran graduasi: RM700

Jumlah keseluruhan yuran pengajian:
RM21,200 sahaja.

Cara Pembayaran

Ada tiga (3) cara pembayaran iaitu:

  • Secara penuh
  • Pengeluaran KWSP (Akaun 2)
  • Pengeluaran KWSP (Akaun 2) + 6 Bulan Ansuran

Anda berminat?

Slot adalah terhad kepada 100 terawal sahaja.
Boleh baca dahulu info lanjut dan terus mendaftar.

× Bantuan?