Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBM) - Secara Kerja Kursus
Kerjasama: Kolej Universiti Inovatif (IUC)
Tentang Pengajian
Pengajian Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBM) direka khusus untuk golongan profesional dan pengurus beraspirasi yang ingin meningkatkan keupayaan dalam kepimpinan, pemikiran strategik, serta kemahiran pengurusan.
Berbeza dengan program pascasiswazah lain yang memberi penekanan kepada pengkhususan dalam bidang tertentu, MBM bersifat antara disiplin dengan menggabungkan pelbagai bidang ilmu termasuk pengurusan, ekonomi, perakaunan dan kewangan, pemasaran, teknologi maklumat, dan lain-lain.
Program ini menyediakan asas menyeluruh dalam prinsip-prinsip perniagaan dengan memberi tumpuan kepada aplikasi pengetahuan teori terhadap cabaran dunia sebenar. Melalui gabungan kerja kursus, kajian kes, serta penglibatan industri, graduan akan dilengkapi dengan kemahiran yang diperlukan untuk berjaya dalam pasaran global yang kompetitif.
Maklumat Pengajian
Tempoh Pengajian
Satu (1) tahun (Sepenuh Masa).
Mod Pengajian
Secara kerja kursus (atas talian & bersemuka).
Kemasukan
Kemasukan dibuka setiap bulan sepanjang tahun.
Kod Rujukan MQA
MQA/PA 18435
Boleh semak di sini.
Kod Rujukan KPT
KPT (N/0414/7/0305)
Syarat Kemasukan
PELAJAR TEMPATAN
Pemegang Ijazah
i. Ijazah Sarjana Muda (Tahap 6 MQF) dalam bidang berkaitan dengan minimum PNGK 2.50 atau setaraf, seperti yang diluluskan oleh Senat Penyedia Pendidikan Tinggi (HEP); atau
ii. Ijazah Sarjana Muda (Tahap 6 MQF) dalam bidang berkaitan atau setaraf dengan minimum PNGK 2.00 tetapi kurang daripada 2.50 boleh diterima, tertakluk kepada penilaian dalaman yang ketat; atau
iii. Calon dengan kelayakan bukan dalam bidang berkaitan atau tanpa pengalaman kerja yang relevan dikehendaki mengikuti kursus prasyarat seperti yang ditentukan oleh HEP, dan mesti memenuhi keperluan PNGK minimum seperti yang dinyatakan dalam (i) hingga (ii).
Pemegang Bukan Ijazah
i. Calon berumur 39 tahun dan ke bawah, dengan pengalaman bekerja kurang daripada 20 tahun
Kelayakan Masuk: Diploma atau SPM
Program yang layak:
Diploma (Perlu lalui APEL A)
Tempoh pengajian: 6 bulan – 1 tahun
SPM (Perlu lalui DBA-ODL & APEL A)
Tempoh pengajian: 2 tahun (DBA ODL) & 6 bulan – 1 tahun (MBA)
ii. Calon berumur 39 tahun dan ke bawah, dengan pengalaman bekerja minimum 10 tahun
Kelayakan Masuk: SPM
Program yang layak:
DKM Level 4 & APEL A (T7)
Tempoh pengajian: 8 bulan (DKM) & 6 bulan – 1 tahun (MBA)
Jadual Pengajian
Jadual pengajian disusun sesuai mengikut golongan bekerja iaitu:
Ada enam (6) modul.
Satu (1) modul, satu (1) penilaian dalam satu (1) bulan.
Kelas Pembelajaran (Hari Minggu):
Isnin – Jumaat: 9:00 AM – 12:00 PM
Kelas Pembelajaran (Hujung Minggu):
Sabtu & Ahad: 8:00 PM – 11:00 PM
Modul & Struktur Pengajian
Semester 1
- Total Quality Management
- Leadership
- Organisational Theory and Design
- Strategic Marketing
Semester 2
- Project Management
- Organisational Management
- Research Methodology
Semester 3
- Dissertation
Yuran Pengajian
Kos asal pengajian: RM60,000
YPR taja: RM44,000
Baki yuran: RM16,000
Pemohon hanya perlu bayar yuran pengajian sebanyak RM16,000 sahaja.
Yuran pra-pendaftaran: RM500
Yuran pendaftaran: RM2,000
Yuran graduasi: RM700
Jumlah keseluruhan yuran pengajian:
RM19,200 sahaja.
Cara Pembayaran
Ada tiga (3) cara pembayaran iaitu:
- Secara penuh
- Secara ansuran
- Pengeluaran KWSP (Akaun 2)
Anda berminat?
Slot adalah terhad kepada 100 terawal sahaja.
Boleh baca dahulu info lanjut dan terus mendaftar.
Copyright © Yayasan Pendidikan Rakyat (Registration No.: PPAB-20/2022)