Doktor Falsafah (PhD) Dalam Pengurusan - Secara Penyelidikan
Kerjasama: Kolej Universiti Inovatif (IUC)
Tentang Pengajian
Pengajian Doktor Falsafah (PhD) dalam Pengurusan memberi tumpuan kepada penguasaan ilmu secara mendalam, pengembangan kemahiran penyelidikan lanjutan, serta pembangunan metodologi saintifik yang mantap bagi merangka, menganalisis dan melaksanakan penyelidikan secara bebas. Ia menekankan keupayaan untuk menghasilkan pengetahuan baharu yang berimpak tinggi dalam bidang pengurusan dan pentadbiran.
Di samping itu, program ini memperkukuh keupayaan intelektual, analitikal dan konseptual bagi menyumbang kepada pembangunan teori, amalan, serta penyelesaian isu kompleks dalam konteks akademik mahupun profesional. Penekanannya bukan sahaja pada pencapaian akademik, tetapi juga kepada nilai sumbangan penyelidikan terhadap perkembangan masyarakat dan industri.
Maklumat Pengajian
Tempoh Pengajian
Tiga (3) tahun (Sepenuh Masa).
Mod Pengajian
Secara penyelidikan (penyeliaan atas talian & bersemuka).
Kemasukan
Kemasukan dibuka setiap bulan sepanjang tahun.
Kod Rujukan MQA
MQA/PA 18014
Boleh semak di sini.
Kod Rujukan KPT
KPT (N/0414/8/0085)
Syarat Kemasukan
WARGANEGARA MALAYSIA
i. Ijazah Sarjana (Tahap 7 Kerangka Kelayakan Malaysia, MQF) dalam bidang berkaitan seperti yang diterima oleh Senat Penyedia Pendidikan Tinggi (HEP); atau
ii. Ijazah Sarjana (Tahap 7 MQF) dalam bidang tidak berkaitan seperti yang diterima oleh Senat HEP, dengan pengalaman kerja yang relevan* serta tertakluk kepada penilaian dalaman yang ketat; atau
iii. Ijazah Sarjana (Tahap 7 MQF) dalam bidang tidak berkaitan seperti yang diterima oleh Senat HEP dan tanpa pengalaman kerja yang relevan, tertakluk kepada kelulusan kursus prasyarat*; atau
iv. Kelayakan lain yang setaraf/berkaitan dengan Ijazah Sarjana (Tahap 7 MQF) seperti yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
APEL A T8 (UNTUK PROGRAM PHD)
Berikut merupakan aliran proses bagi individu yang memohon ke program Doktor Falsafah (Tahap 8 MQF) melalui laluan APEL T8:
Peringkat Permohonan
Calon mesti membuat permohonan melalui portal MQA, diikuti dengan penghantaran permohonan di portal APEL OUM.
Penilaian Kelayakan
Setelah dihantar, kelayakan calon akan dinilai.
Jika didapati tidak layak, calon boleh membuat rayuan terus kepada MQA untuk semakan lanjut (khusus bagi tahap T7 atau T8).
Pembayaran dan Penilaian
Calon yang layak perlu membuat pembayaran kepada OUM dan menjalani penilaian APEL T8.
Penilaian mungkin merangkumi:
Penilaian portfolio
Ujian aptitud
Temuduga
Pembentangan
(bergantung kepada tahap MQF yang dipohon).
Keputusan Penilaian
Jika Lulus: Keputusan akan dihantar kepada MQA dan dimaklumkan kepada calon.
Jika Gagal: Calon perlu mengulang komponen yang gagal.
Jika gagal dua kali pada komponen sama, calon perlu menunggu tempoh bertenang enam bulan sebelum memohon semula.
Penyempurnaan
Setelah berjaya melengkapkan proses APEL T8, keputusan dimuktamadkan dan calon boleh meneruskan permohonan program Doktor Falsafah.
Modul & Struktur Pengajian
Tahun 1, Semester 1
Research Methodology I
Tahun 1, Semester 2
- Research Methodology II
Tahun 2 & 3
- Thesis
Yuran Pengajian
Kos asal pengajian: RM60,000
YPR taja: RM44,000
Baki yuran: RM16,000
Pemohon hanya perlu bayar yuran pengajian sebanyak RM16,000 sahaja.
Yuran pra-pendaftaran: RM500
Yuran pendaftaran: RM2,000
Yuran graduasi: RM700
Jumlah keseluruhan yuran pengajian:
RM19,200 sahaja.
Cara Pembayaran
Ada tiga (3) cara pembayaran iaitu:
- Secara penuh
- Secara ansuran
- Pengeluaran KWSP (Akaun 2)
Anda berminat?
Slot adalah terhad kepada 100 terawal sahaja.
Boleh baca dahulu info lanjut dan terus mendaftar.