Revolusi Digital: Bagaimana AI Mengubah Dunia Kerja 

Kecerdasan buatan (AI) telah membuka banyak peluang di banyak sektor di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Laporan terkini menunjukkan bahawa dalam sepuluh tahun akan datang, AI dijangka menjejaskan lebih daripada 30% pekerjaan di Malaysia. Walaupun perubahan ini mempunyai banyak faedah, ia juga memerlukan persediaan yang teliti untuk menghadapinya. Tugasan rutin yang sebelum ini memerlukan waktu yang lama kini dapat diselesaikan dengan cepat melalui automasi. Sebagai contoh, proses memasukkan data, penyediaan laporan, atau menjawab pertanyaan dasar pelanggan kini boleh dilaksanakan oleh sistem. 

Selain itu, munculnya jawatan baharu seperti AI Enabler Officer atau pakar analitik data menunjukkan bahawa teknologi telah membuka peluang kerjaya yang dahulunya tidak wujud. Semakin banyak organisasi telah beralih daripada struktur jabatan tradisional kepada model berasaskan projek dan teknologi, di mana kerjasama manusia dan mesin adalah penting untuk kejayaan. AI kini dianggap sebagai rakan kerja digital iaitu doktor melihat imej perubatan dengan AI, peguam memanfaatkan algoritma untuk semakan dokumen, manakala eksekutif pula bergantung pada ramalan pasaran yang dijana oleh sistem pintar. 

Di samping itu, budaya kerja juga telah mengalami perubahan yang besar. Untuk meningkatkan pengalaman pekerja, fenomena hybrid kerja selepas pandemik menggunakan AI. Organisasi kini memfokuskan pada data, yang membolehkan mereka membuat keputusan lebih cepat, tepat, dan berasaskan bukti. Perubahan ini, bagaimanapun, mempunyai kelemahan. Apabila AI digunakan dalam analitik pekerja atau pengurusan sumber manusia, isu etika dan privasi menjadi semakin penting. Sebaliknya, pekerja yang tidak mahir dalam teknologi berisiko ketinggalan. Selain itu, kebergantungan berlebihan kepada teknologi boleh menjejaskan intuisi dan kreativiti manusia.

Bukan itu sahaja, perubahan ini jelas memberi kesan kepada orang dewasa yang bekerja. Mereka mesti sentiasa bersedia untuk memperoleh kebolehan baharu seperti analitik data, komunikasi digital, dan literasi kecerdasan buatan. Untuk kekal relevan dalam pasaran kerja, menjadi semakin penting untuk membranding individu di platform profesional seperti LinkedIn. Tidak kira sama ada projek berasaskan teknologi, hybrid atau jarak jauh, fleksibiliti adalah penting. Akhir sekali, teknologi dan AI telah mengubah cara kita bekerja dan identiti profesional kita. Mereka yang tidak bersedia untuk berubah akan tertinggal dalam revolusi digital ini, manakala mereka yang mampu menyesuaikan diri akan mendapat peluang besar.

Sebagai konklusi, adalah jelas bahawa teknologi dan kecerdasan buatan kontemporari adalah sebuah revolusi yang sedang mengubah dunia pekerjaan, dan bukan sekadar trend. Peluang baharu muncul, proses dipercepatkan, dan organisasi menjadi lebih cekap, tetapi ia juga memerlukan pekerja untuk sentiasa bersedia untuk menyesuaikan diri dengan kemahiran baharu dan cabaran moral. Kesediaan untuk belajar, beradaptasi, dan melihat AI sebagai rakan kerja yang boleh meningkatkan kerjaya adalah kunci kejayaan bagi golongan bekerja dewasa. Kita boleh bertahan dalam era digital ini dan berkembang maju dalam arus perubahan dengan menjadi fleksibel dan terbuka. 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Bantuan?