YPR Merangkul Anugerah Yayasan Terbaik di Malam Gala NGO Malaysia 2025​

Pengiktirafan ini membuktikan bahawa kerja yang ikhlas tidak pernah sia-sia.

Yayasan Terbaik — Kategori Kaunseling, Pendidikan & Kerjaya
Malam Gala Anugerah Perdana NGO Malaysia 2025

Alhamdulillah. Yayasan Pendidikan Rakyat (YPR) dengan penuh rasa syukur mengumumkan kejayaan merangkul anugerah Yayasan Terbaik dalam Kategori Kaunseling, Pendidikan & Kerjaya sempena Malam Gala Anugerah Perdana NGO Malaysia 2025.

Majlis berlangsung pada Selasa, 23 Disember 2025, di Grand Lagoon Ball Room, Sunway Resort Hotel, Petaling Jaya. Anugerah telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka.

Penerima anugerah bagi pihak YPR adalah Encik Ferith Noor bin Mohd Noor, selaku Pemegang Amanah Yayasan Pendidikan Rakyat.

Pengiktirafan ini memperkukuh komitmen YPR untuk terus membantu rakyat Malaysia mencapai impian melalui pendidikan, selaras dengan misi kami sebagai yayasan di bawah Pemegang Amanah Berdaftar BHEUU, Jabatan Perdana Menteri.

× Bantuan?